Rabu, November 11, 2009

RUMUSAN MUT'AH

Selain kejahilan menyamakan mut'ah dan zina, setengah musuh mazhab Ahlul Bait mengatakan mut'ah telah dibatalkan.

1-Turunnya ayat mengenai mut'ah telah disepakai oleh ulama2 Islam, dan oleh itu menyamakan mut'ah dengan zina/pelacuran adalah menyamakan hukum Allah dengan satu perkara yg sangat keji.

2- Karena terlalu jahil, perbincangan mengenai mut'ah ini yang paling basisnya adalah perbincangan mengenai - "Apakah mutaah ini terus berlangsung ataupun tidak?", bukan seperti yg difahami oleh orang2 jahil yg hanya meminjam kata2 orang lain.

Dalil yg membatalkan mut'ah

Semua ahli Islam sepakat bahawa dalil yg telah 'memansukhkan' hukum ayat mut'ah hanyalah datangnya dari sunnah. Agama menolak pemansukhan ayat al-Quran dengan sunnah, namun orang2 ASWJ beberapa kali mengutamakan hadis dibanding sunnah (contohnya kes fadak dan juga yg ini- mutaah) Kerana itulah agaknya mereka dikenali sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah dan bukannya Ahlus Sunnah wal Quran.

1- Mut'ah dibenarkan
2-Diharamkan pada perang Khaibar
3-Dibolehkan pada hari Authash kemudian dilarang
4-Mut'ah dihalalkan tetapi dilarang pada hari penaklukan Mekah
5-Mut'ah dihalalkan, tetapi hanya selama 3 hari
6-Dibolehkan, kemudian dilarang dalam Perang tabuk
7-Mut'ah dibenarkan pada perang khaibar, kemudian diizinkan pada fath Mekah kemudian diharamkan selepas 3 hari kemudian
8-Dibolehkan pada awal islam, dan masa Authash, Fath Mekah dan Umrah al-Qadha; kemudian diharamkan pada perang Khaibar dan perang tabuk dan haji perpisahan.
9-Dibolehkan, kemudian dihapuskan, dibolehkan, dan dihapuskan.
10-Dibolehkan 7 kali dan dilarang 7 kali, -haram pada perang Khaibar, dan hunain, umrah al-Qadha, Waktu fath mekah, Awthash, Perang tabuk dan haji Perpisahan.


Pembukaan Kota Mekah pada 10 Ramadhan 8 H bersamaan Januari 630 M.(Ada Hadis pegangan Mazhab Sunni tentang pengharaman SELAMA LAMANYA Nikah Mut'ah)

Perang Tabuk ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 630 M)Ada Hadis membolehkan Nikah Mut'ah

Apa artinya ini kadang Halal dan kadang Haram.?? Coba perhatikan tarikh setiap peristiwa di atas Diharamkan selama lamanya menurut sebuah Hadis pegangan Sunni dan kemudian di halalkan Balik pada perang tabuk ? Adakah Rasullah MENUKAR NUKAR HUKUM(plin-plan)?



UMAR MENGHRAMKAN MUT'AH
Dalil bagi orang2 yg berakal selain dari ayat Mutaah dan tidak diturunkan ayat memansuhkannya, riwayat2 mengenai org yg mengharamkannya sepatutnya sudah menjadi bukti kukuh akan perkara yg sebenarnya berlaku.

Umarlah yg membenarkan pegangan Syiah bahawa Mut'ah terus berlangsung Dalilnya:

"Dua mut'ah dijalankan waktu zaman Rasul saaw, dan aku melarang keduanya dan menghukum mereka yg mengamalkannya, satu di antaranya adalah kahwin mut'ah. saya akan merejam para pelakunya. Dan yg lainnya ialah haji mut'ah (tamatu')" (Sahih Muslim, Jil7, bab Nikah Mutaah; Kanzul ummal Jil.8 yg meriwayatkan dari kitab Abi salih dan al-Tahawi, hlm.294, yg berasal dari ibn jarir Tabari dan Ibnu Asakir; Dhau Syams, jil.2, hlm.94))

Kalau masih belum puas, rujuk juga al-Jahiz, al-bayan wa- al-Tibyan, Jil.2; al-jashshash, Ahkam al-Quran, Jil.1 hlm.342, 345, Jil.2 hlm.184; al-Qurtubi, tafsir, jil.2, hlm.370; Sarkhhasi al-hanafi, al-mabsuth, Bab al-Quran, dari kitab hajj; Ibni al-Qayyim, zad al-maad, Jil.1, hlm444; Fakhrurazi, Tafsir, Jil.2, hlm.167, jil.3, hlm.201,202; ;

juga kesaksian para sahabat bahawa Umar telah mengharamkan hukum Allah mengenai mut'ah ini:

Imam Ali a.s
Imam Ali a.s berkata: "Kalau Umar tidak melarang mut'ah, nescaya tidak akan berzina kecuali orang yg celaka" (at-tabari, Tafsir, 5/9 dengan sanad sahih)
dan lain2 hadis dari Imam Ali a.s mengenai larangan Umar ini dicatatkan oleh

Tsa'labi dalam tafsirnya mengenai an-Nisa' 24; ar-razi dalam tafsirnya, Jil.3; Abi hayyan, tafsir, Jil.3; Naisaburi, Tafsir, Sayuti dalam Durr al-mantsurr, jil.2, hlm.140, Kanzul Ummal Jil.8 dengan jalan yg berbeza2)

Jabir bin Abdullah al-Ansari
Ibnu Abbas dan Ibnu Zubair berselisih pendapat mengenai 2 mut'ah. (bill: Ibnu Abbas membenarkan mut'ah sementara org yg kedua menolaknya). maka Jabir bin Abdullah menjawab, "Kami melaksanakan kedua mut'ah itu bersama rasulullah saaw. Kemudian umar melarang keduanya, lalu kami pun tidak pernah melakukannya lagi" ((Muslim, sahih, juz 4, bab Nikah Mjutaah, hadis ke 8 dan al-Baihaqi, Sunan, 7/206)

Imran bin Husain
Imam Ahmad meriwayatkan dari Imran bin Husain dari para perawi yg semuanya sahih,. "Turun ayat tentang mut'ah di dalam al-Quran dan kami mengamalkannya bersama Rasulullah saaw. tidak ada ayat lain yg memansukhkannya dan Nabi pun tidak mengharamkannya sehingga baginda wafat" (Musnad, 4/436)

Sahabat lain seperti ibnu Abbas, Amr bin Harits (yg mempunyai anak hasil mutaah pada zaman Abu Bakar dan Umar), Abu said al-Khudri, salmah bin Umayyah bin Khalaf, Ma'bad bin umayyah,
Khalid bin Muhajir, Ubay bin Kaab, rabiah bin Umayyah, samurah bin Jundab dll.

Kalau tidak kerana mengkhawatirkan akan membosankan anda, tentu saya akan memanjangkan bahagian ini. Tetapi cukuplah sekiranya anda merujuk rujuklah kitab2 ASWj utk melihat pengharaman Umar ini seperti Sahih Muslim, Musnad Ahmad bin Hanbal, kanzul Ummal, Sayuti, Sunan Baihaqi, Tafsir ar-razi, Muwattha' Imam Malik, al-Umm Imam Syafii, Lisanul Arab, Tarikh Tabari... dll

.Akhir kata saya minta perhatian anda utk memikirkan ucapan ini:
ar-Raghib dalam al-Muhadharat, mengatakan: Yahya bin Aktsam berkata kepada seorang Syeikh di basrah, "Dalam hal yg memperbolehkan mut'ah, siapa yg anda ikuti?" syeikh itu menjawab, "Umar bin al-Khattab" yahya bertanya lagi, "Bagaimana mungkin, Umar adalah orang yg paling keras menentangnya?" syeikh itu menjawab, "Kerana hadis sahih menyebutkan bahawa dia naik ke mimbar dan berkata, 'Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah menghalalkan dua mut'ah. Tetapi aku mengharamkannya bagi kalian dan menghukum siapa yg melakukannya' Maka kami pun menerima kesaksiannya (Bahwa Allah dan rasulNya menghalalkan mutaah) dan menolak pengharamannya" (al-Muhadharat, 2/940

Mudah bukan?


"Wahai orang2 yg beriman, janganlah kamu mengharamkan apa2 yg telah Allah halalkan bagimu." (al-Maidah 87)


Dan barangsiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk menikah dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu menikah dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula). Oleh itu menikahlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskawinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) menikah, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) siksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak menikah dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (AnNisa Ayat 25)

Tidak ada komentar: