Selasa, Desember 01, 2009

Dialog antara Imam 'Ali dan Abu Bakar

Pengenalan.


Tuntutan Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib A.S terhadap jabatan khalifah selepas Rasulullah s.`a.w adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan karena telah dicatat di dalam buku-buku muktabar Ahl al-Sunnah dan Syi`ah.


Tuntutan tersebut tersusun dalam bentuk munasyadah (soal jawab) di mana beliau mengemukakan beberapa perkara kepada Khalifah Abu Bakr berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah s.`a.w mengenai hak dan kelebihan dirinya, dan orang yang ditanya(abu bakar) harus menjawab masalah tersebut.


Bagi Amir al-Mukminin `Ali A.S, tuntutan beliau terhadap jabatan khalifah selepas Rasulullah s.`a.w adalah satu hak yang wajib dituntut. Karena Rasulullah s.`a.w telah melantik beliau dan sebelas anak cucunya daripada Fatimah A.S sebagai Imam/Khalifah. Bagi `Ali, perlantikan beliau adalah perintah Allah S.W.T. melalui rasulNya. Justeru itu orang ramai harus mentaatinya dan sebelas para imam setelah beliau satu persatu. Apalagi khutbah/hadis Rasulullah s.`a.w di Ghadir Khum pada 18 Dhu l-Hijjah tahun 10 hijrah menjadi asas yang penting di dalam tuntutan beliau terhadap jabatan khalifah secara langsung sepeninggal Rasulullah s.`a.w.w.

Terjemahan Teks Diolog.

Di sini akan ditampilkan diolog Amir al-Mukminin `Ali A.S yang dikemukakan kepada Khalifah Abu Bakar mengenai Imamah/Khilafah. Di dalam penjabaran ini, penulis mengemukakan terjemahan teks tersebut menurut catatan al-`Allamah al-Tabarsi di dalam al-Ihtijaj ,. Kemudian penulis membuat rujukan kepada buku-buku Ahl al-Sunnah sebagai pengukuhan kepada kesahihan hadis-hadis tersebut.
Bersumber dari Imam Ja`far, Imam Ja`far al-Sadiq adalah imam keenam Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w.Ja`far b. Muhammad, Imam Muhammad al-Baqir b. `Ali Zain al-Abidin b. Husain b.Ali adalah imam kelima Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w.daripada bapanya, daripada datuknya A.S. Beliau berkata: Apabila selesai urusan Abu Bakr dan bai`at orang ramai kepadanya serta perbuatan mereka terhadap `Ali, Abu Bakr masih mengharapkan bai`at daripada `Ali, tetapi beliau A.S telah menunjukkan sikap negatif terhadapnya. Abu Bakr menganggapnya sebagai sesuatu yg serius, lalu beliau ingin berjumpa dengannya dan meminta maaf darinya atas bai`at orang ramai kepadanya sedangkan dia (Abu Bakr) sendiri tidak begitu berhasrat untuk memegang jabatan khalifah kerana kezuhudannya. Dia mengadakan pertemuan empat mata dengan `Ali A.S.
Dia berkata: Wahai Abu l-Hasan! Demi Allah perkara ini bukanlah aku benar-benar mencintainya karena aku tidak mempunyai keyakinan kepada diriku sendiri terhadap keperluan umat ini. Aku tidak mempunyai harta yang banyak dan keluarga yang ramai. Oleh itu kenapa anda menyembunyikan kepadaku apa yang aku tidak berhak daripada anda. Anda melahirkan kebencian terhadapku?
Amir al-Mukminin berkata:
1. Apakah yang mendorong anda untuk memegang jabatan khalifah sekiranya anda benar-benar tidak menghendakinya dan anda pula kurang yakin kepada diri anda sendiri untuk mengendalikannya?
Abu Bakr berkata: Sebuah hadis yang aku mendengarnya daripada Rasulullah s.`a.w bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan". Apabila aku melihat ijma' mereka terhadapku, maka akupun mengikuti sabda Nabi s.`a.w tersebut .Dan aku tidak terfikir ijma' mereka menyalahi petunjuk. Lantaran itu aku memberi jawaban yang positif. Dan sekiranya aku mengetahui maupun seorang yang tidak setuju atas perlantikanku niscaya aku menolaknya.

2. `Ali berkata: Adapun sabda Nabi s.`a.w yang anda menyebutkannya "Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan", adakah aku daripada umat ataupun tidak?
Abu Bakr menjawab: Tentu sekali anda daripada umat.

3. `Ali berkata: Adakah golongan menentang anda yang terdiri daripada Salman, `Ammar, Abu Dhar, al-Miqdad, Ibn `Ubbad dan orang-orang Ansar yang lain bersamanya termasuk di dalam umat?
Abu Bakr menjawab: Semuanya termasuk di dalam umat.

4. `Ali berkata: Bagaimana anda berhujah dengan hadis tersebut sedangkan orang seperti mereka telah membelakangi anda? Sedangkan umat tidak mencela mereka dan persahabatan mereka dengan Rasulullah adalah baik!
Abu Bakr menjawab: Aku tidak mengetahui penentangan mereka melainkan selepas berlaku pemilihan khalifah. Aku khuatir sekiranya aku meninggalkan "perkara" tersebut orang ramai akan menjadi murtad dari agama mereka. Lantaran itu perlakuan mereka terhadapku - sekiranya aku menyahuti seruan mereka - lebih senang bagiku mememberi pertolongan di dalam agama dan mengekalkannya dari permusuhan di kalangan mereka. Justeru itu mereka kembali menjadi kafir. Aku menyedari bahawa anda bukanlah orang yang dapat mengekalkan keadaan mereka dan agama mereka.

5. `Ali berkata: Ya! Tetapi beritahukan kepadaku tentang orang yang berhak jabatan khalifah dan atas dasar apakah dia berhak?
Abu Bakr menjawab: Dengan nasihat, kesetiaan, perlakuan yang baik, melahirkan keadilan, alim dengan kitab dan sunnah, percakapan yang tinggi, zuhud di dalam soal keduniaan, tidak terlalu cintakan dunia, menyelamatkan orang yang tertindas dari ditindas, sama ada jauh dan dekat. Kemudian dia (Abu Bakr) diam.

6. `Ali berkata: Orang yang terawal memeluk Islam dan kerabat?
Abu Bakr menjawab: Ya!

7. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah wahai Abu Bakr, adakah sifat-sifat tersebut terdapat pada diri anda atau pada diriku?
Abu Bakr menjawab: Malah pada diri anda wahai Abu l-Hassan .

8. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah menyahuti dakwah Rasulullah (s.`a.w) dari kaum lelaki atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

9. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah aku yang membacakan Surah al-Bara'ah di musim Haji akbar di hadapan kaum muslimin atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

10. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, aku telah mempertahankan Rasulullah s.`a.w. dengan diriku di hari al-Ghadir atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

11. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah aku maula kepada anda dan semua muslimin melalui hadis Nabi (s.`a.w.) di hari al-Ghadir atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

12. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah ayat al-Wilayah (al-Maidah5:55) daripada Allah bersama Rasul-Nya mengenai zakat dengan sebentuk cincin untuk aku atau anda?
Abu Bakr menjawab: Untuk anda .

13. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah al-Wazarah (wazir) untukku bersama Rasulullah (s.`a.w.) umpama Harun bersama Musa atau untuk anda?
Abu Bakr menjawab: Untuk anda .

14. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah Rasulullah (s.`a.w.) mempertaruhkan dengan aku, isteriku dan anak- anak laki-lakiku apabila bermubahalah dengan Musyrikin atau dengan isteri anda dan anak-anak laki-laki anda?
Abu Bakr menjawab: Dengan kalian .

15. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah ayat al-Tathir (Surah al-Ahzab 33: 33) untukku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau untuk anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda?
Abu Bakr menjawab: Anda dan anak isteri anda .


16. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku, isteriku dan anak-anak lelakiku yang didoakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di hari al-Kisa' "Wahai Tuhanku mereka itulah keluargaku kepada Mu dan bukan kepada neraka" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda, isteri anda dan anak-anak laki-laki anda .

17. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang dimaksudkan dengan ayat "Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana" (Surah al-Insan76:7) atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

18. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang dikembalikan matahari untuk waktu solat lalu ditunaikan solatnya kemudian ia terbenam atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .

19. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah melegakan Rasulullah (s.`a.w.) dan kaum Muslimin dengan pembunuhan `Amru b. `Abd Wuddin atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda.

20. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah diamanahkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dalam perutusannya kepada jin lalu anda menyahutinya atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .

21. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang disucikan oleh Allah dari perzinaan semenjak Adam sehinggalah kepada bapanya dengan sabda Rasulullah (s.`a.w.) "Aku dan anda (`Ali) dari nikah yang sah dan bukan dari perzinaan semenjak Adam hinggalah `Abdu l-Muttalib" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

22. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah dipilih oleh Rasulullah dan mengahwinkan aku dengan anak perempuannya Fatimah (`a.s) dan bersabda: "Allah telah mengahwinkan anda dengan Fatimah di langit" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

23. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku bapa Hasan dan Husain manakala beliau bersabda: "Kedua-duanya pemuda Ahli Syurga dan bapa mereka berdua adalah lebih baik daripada mereka berdua" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

24. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah saudara anda yang dihiasi dengan dua sayap terbang di syurga bersama para malaikat atau saudaraku?
Abu Bakr menjawab: Saudara anda .

25. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah menjamin hutang Rasulullah (s.`a.w.) dan mengadakan perisytiharan di musim haji dengan melaksanakan janjinya atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

26. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah aku orang yang didoakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dalam keadaan burung di sisinya, di mana beliau ingin memakannya. Beliau bersabda: "Wahai Tuhanku! bawa datanglah kepadaku orang yang paling Engkau cintai selepasku bagi memakan (daging) burung itu bersamaku ". Maka tidak seorangpun datang selain daripadaku atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

27. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah akukah orang yang telah diberi mandat oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, al-Mariqin menurut takwil al-Qur'an atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

28. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dengan kehakiman dan kefasihan di dalam percakapan dengan sabdanya: "`Ali adalah orang yang paling alim di dalam ilmu penghakiman" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

29. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku di mana Rasulullah (s.`a.w.) memerintahkan para sahabatnya supaya memberi salam kepadanya untuk menjadi ketua pada masa hidupnya atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

30. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang menyaksi percakapan Rasulullah (s.`a.w.) yang terakhir, menguruskan "mandi" dan mengkafankannya atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

31. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda kerabat Rasulullah (s.`a.w.) atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .

32. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang dikurniakan oleh Allah dengan dinar ketika dia memerlukannya dan Jibril menjualnya kepada anda dan anda menjadikan Muhammad sebagai tetamu lalu anda memberi makan anaknya atau aku?
Abu Bakr menangis dan berkata: Anda .

33. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah diletakkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di atas bahunya untuk menolak dan memecahkan berhala-berhala di atas ka`bah sehingga jika aku kehendaki niscaya aku dapat menyentuhi ketinggianlangit atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .

34. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang disabdakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) "Andalah pemilik bendera di dunia dan di akhirat" atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .

35. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya membuka pintu di masjidnya ketika beliau memerintahkan supaya ditutup semua pintu keluarganya dan para sahabatnya dan membenarkan pintu anda dibuka atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .

36. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda telah mengeluarkan sadaqah apabila anda mengadakan perbicaraan khusus dengan Rasul dikala itu Allah mengkritik satu golongan"Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu memberi sadaqah sebelum pembicaraan dengan Rasul?" (Surah al-Mujadalah 58:13) atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .

37. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang dimaksudkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau bersabda kepada Fatimah: "Aku nikahkan akan anda kepada orang yang pertama beriman kepada Allah" atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .

38. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah diberi salam oleh para malaikat tujuh langit di hari al-Qulaib atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .

39. `Ali berkata: Adakah dengan ini punya kemampuan dan seumpamanya anda berhak melaksanakan urusan umat Muhammad? Apakah yang membuatkan anda terlanjur jauh dari Allah dan Rasul-Nya sedangkan anda tidak mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh penganut agamanya!
Abu Bakr menangis dan berkata: Memang benar apa yang anda perkatakan wahai Abu l-Hassan. Tunggulah aku hingga berlalunya hariku. Aku akan memikirkan tentang jabatanku sebagai khalifah dan aku tidak akan mendengar lagi percakapan seperti ini dengan anda .

30. `Ali berkata: Itu terserah kepada anda wahai Abu Bakr. Lantas dia kembali dan jiwanya agak tenang di hari itu dan tidak menerima seorangpun berjumpa dengannya sehingga di malam hari.

Ulasan

Di dalam dialog di antara Amir al-Mukminin `Ali dan Khalifah Abu Bakr ternyata bahwa Amir al-Mukminin telah mengemukakan beberapa perkara kepada Khalifah Abu Bakr khususnya mengenai Imamah/Khilafah di mana beliau berhujah bahwa jabatan Imamah/Khilafah secara langsung selepas Rasulullah (s.`a.w.) adalah haknya berdasarkan hadis-hadis Rasulullah (s.`a.w.) mengenai perlantikan beliau sebagai imam/khalifah. Ia juga disebut oleh beliau ketika melakukan dialog antara beliau dan Khalifah Abu Bakr dimana Khalifah Abu Bakr kelihatan mengakui hakikat ini dan hampir-hampir menyerahkan jabatan Khalifah kepada Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib jika tidak dihalang oleh `Umar.
..
. Persoalan yang timbul, jika perlantikan Rasulullah (s.`a.w.) ke atas `Ali sebagai imam/khalifah selepas beliau itu adalah benar - Ia memang benar berdasarkan hadis-hadis Nabi (s.`a.w.) -kenapa umat mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mentaati perlantikan beliau? Atau jika perlantikannya daripada Rasulullah s.`a.w. tidak benar, kenapa `Ali A.S menuntut bukan haknya?

Adakah ini sifat Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w. yang telah disucikan di dalam Surah al-Ahzab 33: 33? Sebenarnya Amir al-Mukminin `Ali telah menerangkan kedudukannya mengenai imamah/khilafah kepada Ibn Qais yang mengemukakan soalan kepadanya. Sulaim b. Qais al-Hilali, meriwayatkan bahwa Ibn Qais bertanya kepada Amir al-Mukminin `Ali A.S: Apakah yang menghalang anda dari menghunus pedang anda untuk menuntut jabatan imamah/khilafah?

Amir al-Mukminin `Ali A.S menjawab: Wahai Ibn Qais! Dengarlah jawabanku: Bukanlah karena perasaan pengecut dan kebencianku menemui Tuhanku. Aku bukanlah tidak mengetahui bahwa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagiku daripada dunia dan kekal di dalamnya. Tetapi perintah Rasulullah (s.`a.w.) yang telah menghalangku dan janji beliau kepadaku. Rasulullah (s.`a.w.) telah memberitahuku bahwa umat akan membelot sepeniggal beliau .

Meskipun begitu aku tidak begitu yakin terhadap apa yang mereka perlakukan di hadapanku karena aku lebih meyakini sabda Rasulullah (s.`a.w.) daripada apa yang aku melihatnya sendiri.

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah janji anda kepadaku sekiranya ia berlaku sedemikian? Beliau bersabda: Jika anda dapat mencari pembantu-pembantu, maka hadapilah "mereka" dan jika anda tidak dapat pembantu-pembantu, tahanlah tangan anda, peliharalah darah anda sehingga anda mendapati pembantu-pembantu bagi menegakkan agama, kitab Allah dan Sunnahku .

Rasulullah (s.`a.w.) telah memberitahuku bahwa sesungguhnya umat aka menghinaku, membai`at dan mengikut orang lain selain daripadaku. Rasulullah (s.`a.w.) telah memberitahuku bahawa kedudukanku di sisinya seperti kedudukan Harun di sisi Musa dan umat selepasnya seperti kedudukan Harun serta orang yang mengikutnya , dan kedudukan al-`Ajl (anak lembu jantan) serta orang yang mengikutnya karena Musa berkata kepadanya: "Wahai Harun, apa yang menghalang kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat (sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah (sengaja) mendurhakai perintahku? Harun menjawab: Wahai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku, sesungguhnya aku khawatir bahwa kamu akan berkata (kepadaku): Kamu telah memecah antara Bani Isra'il dan kamu tidak memelihara ummatku" (SurahTaha 20: 92-94).
Apa yang dimaksudkan oleh Allah adalah sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya ke atas mereka jika mereka sesat dan beliau (Harun) dapat pembantu-pembantunnya, hendaklah beliau menentang mereka dan sekiranya beliau tidak dapat pembantu-pembantu, hendaklah beliau menahan tangannya dan memelihara darahnya dan janganlah beliau melakukan perpecahan di kalangan mereka . Dan sesungguhnya aku takut saudaraku Rasulullah (s.`a.w.) akan berkata kepadaku kenapa anda memecah-belahkan mereka dan tidak memelihara ummatku? Sedangkan aku telah menjanjikan anda sesungguhnya jika anda tidak ada pembantu-pembantu, hendaklah anda menahan tangan anda, memelihara darah anda, darah keluarga anda dan Syi`ah anda .

Amir al-Mukminin `Ali berkata lagi: Apabila Rasulullah (s.`a.w.) wafat, orang ramai cenderung kepada Abu Bakr lantas mereka memberi bai`at kepadanya. Sedangkan aku sibuk memandi dan mengkafan jenazah Rasulullah (s.`a.w.). Kemudian aku menghabiskan masaku dengan mengumpulkan al-Qur'an sehingga aku mengumpulkannya di dalam satu kain. Kemudian aku, Fathimah dan di tangannya Hassan dan Husain, menyeru semua orang-orang yang terlibat di dalam peperangan Badar dan orang-orang terdahulu memeluk Islam yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar, semuanya aku telah mengemukakan hujah-hujahku dengan nama Allah S.W.T.mengenai hakku dan aku telah menyeru mereka supaya membantuku. Tetapi semua mereka tidak menyahut seruanku selain daripada empat orang; al-Zubair, Salman, Abu Dzar dan al-Miqdad .
Kemudian `Ali meneruskan kata-katanya: Wahai Ibn Qais, sesungguhnya mereka telah memaksaku dan menekanku hampir mereka membunuhku. Jika mereka berkata kepadaku: Kami semata-mata mau membunuh anda, niscaya aku akan menghalangi pembunuhan mereka terhadapku sekalipun aku seorang. Tetapi mereka berkata: Sekiranya anda memberi bai`at (kepada Abu Bakr) niscaya kami akan melepaskan anda, memuliakan anda, mendampingi anda, menghormati anda. Dan sekiranya anda tidak melakukannya, niscaya kami membunuh anda. Apabila aku tidak dapati seorangpun yang akan membantuku, maka akupun memberi bai`ah kepada mereka. Tetapi bai`ahku terhadap mereka bukanlah membenarkan kebatilan mereka dan tidaklah mewajibkan kebenaran untuk mereka.

Kemudian `Ali berkata lagi: Sekiranya aku dapati di hari Abu Bakr dibai`at empat puluh orang lelaki yang taat, nescaya aku menentang mereka .

Beliau begitu menyesali sikap orang-orang Ansar dan Muhajirin yang tidak membantunya. Beliau mengatakan bahwa mereka telah mencintai Abu Bakr dan `Umar secara membbabi buta. Beliau berkata: Heran sekali! Hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada mereka berdua dan mencintai orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah.
Sekiranya umat ini berdiri di atas kakinya ke tanah dan meletakkan debu di atas kepala mereka bermunajat kepada Allah, serta menyeru di hari kiamat ke atas orang-orang yang telah menyesat dan menghalangi mereka dari jalan Allah; menyeru mereka ke neraka, membentangkan mereka kepada kemurkaan Allah dan mewajibkan azab-Nya ke atas mereka kerana jenayah yang "mereka" lakukan atas mereka, niscaya mereka tergolong juga dari orang-orang yang (muqassirin) kerana pengkaji yang benar dan alim dengan Allah dan Rasul-Nya merasa takut jika ia mengubah sesuatu sunnah dan bid`ah mereka berdua, orang ramai (umat) akan memusuhinya.
Apabila dia melakukannya, mereka akan menyulitkan (kehidupan)nya, menentangnya, membersihkan diri daripadanya, menghinanya, merampas haknya. Dan sekiranya ia mengambil sunnah mereka berdua, memperkuinya, memujinya dan menjadikannya agama, nescaya umat mencintainya, memuliakannya dan melebih-lebihkannya.

Demi Allah sekiranya aku menerangkannya kepada pasukanku segala kebenaran yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi-Nya, dan aku mendedah pentafsirannya menurut apa yang aku dengar dari Nabi Allah `a.s, niscaya sedikit saja apasukanku tinggal bersamaku karena mereka takut mendengarnya .

Sekiranya janji Rasulullah (s.`a.w.w.) tidak ada denganku, niscaya aku melakukannya (menyerang mereka dengan pedang). Tetapi Rasulullah (s.`a.w.w.) bersabda kepadaku: "Wahai saudaraku! Apabila seorang hamba itu terpaksa melakukan sesuatu, maka Allah menghalalkannya untuknya dan mengharuskannya untuknya". Dan aku mendengar beliau bersabda: "Taqiyyah adalah dari agama Allah, tidak ada agama (al-Din) bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah untuknya" .

Walaupun begitu `Ali percaya bahwa orang lain selain Ahl al-Bait a.s tidak layak memegang jabatan Imamah. Kerana ia telah dipilih oleh Allah S.W.T. Sulaim b. Qais al-Hilali menulis: `Ali berkata: Demi orang yang telah memuliakan kami Ahl al-Bait dengan "kenabian". Dia telah menjadikan di kalangan kami Muhammad. Dia memuliakan kami selepasnya di mana Dia menjadikan pada kami para imam bagi mukminin, orang lain selain daripada kami tidak boleh mencapainya. Imamah dan Khilafah tidak layak melainkan pada kami .

Kesimpulan

Amir al-Mukminin `Ali b. Abu Talib yakin bahwa imamah/khilafah adalah haknya dan hak sebelas anak cucunya daripada Fatimah a.s berdasarkan kepada hadis al-Ghadir dan lain-lain. Oleh itu bai`a beliau terhadap Abu Bakr selepas kewafatan Fatimah al-Zahra adalah secara terpaksa, tanpa pembantu-pembantu. Jika tidak beliau akan menghadapi musibat sebagaimana dihadapi oleh Nabi Harun a.s. Justru itu janji Rasulullah (s.`a.w.) dengan beliau dipeliharanya demi perpaduan umat Islam sejagat.

Tidak ada komentar: